Melanjutkan pelajaran di KMNs adalah satu peluang dan pengalaman yang terbaik yang dapat digunakan bagi melanjutkan pelajaran ke alam university di Malaysia.
Latar belakang KMNs, Program Matrikulasi merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan pelajar mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Sains Teknologi dan Perakaunan.
Menuntut ilmu di matrikulasi memberi saya pelbagai ilmu pengetahuan yang lebih mendalam dalam bidang sains. Pengalaman dalam membuat amali sains kimia dan biologi mendedahkan saya lagi tentang keindah dan kecantikkan bidang sains. Selain itu, saya juga dapat berjumpa dengan lebih ramai kenalan yang mempunyai pelbagai ragam manusia sama ada yang baik atau sebaliknya.
Belajar di matrikulasi perlu persediaan mental dan fizikal bagi cabaran dan dugaan yang akan mendatang. Semoga semua pelajar matrikulasi mendapat keputusan yang cemerlang!!
No comments:
Post a Comment