Wednesday, 19 October 2016

KMNs

Image result for kmns
 
 
          Ketika ini saya sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNs).
Melanjutkan pelajaran di KMNs adalah satu peluang dan pengalaman yang terbaik yang dapat digunakan bagi melanjutkan pelajaran ke alam university di Malaysia.

          Latar belakang KMNs, Program Matrikulasi merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan pelajar mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Sains Teknologi dan Perakaunan.

          Menuntut ilmu di matrikulasi memberi saya pelbagai ilmu pengetahuan yang lebih mendalam dalam bidang sains. Pengalaman dalam membuat amali sains kimia dan biologi mendedahkan saya lagi tentang keindah dan kecantikkan bidang sains. Selain itu, saya juga dapat berjumpa dengan lebih ramai kenalan yang mempunyai pelbagai ragam manusia sama ada yang baik atau sebaliknya.

         Belajar di matrikulasi perlu persediaan mental dan fizikal bagi cabaran dan dugaan yang akan mendatang. Semoga semua pelajar matrikulasi mendapat keputusan yang cemerlang!!

Wednesday, 12 October 2016

About Me

                Assalamualaikum, saya mulakan dengan memperkenalkan diri saya. my full name is Nur Hafizah Binti Mohd Ridzuan. Saya berumur 18 tahun, dilahirkan di Hospital Gombak, Selangor. Saya mempunyai 5 adik-beradik, dan saya anak ke-3. Saya seorang yang suka membaca dari pelbagai sumber seperti buku, internet dan social media. Hal ini kerana sifat ingin tahu dalam diri saya sangat mendalam tentang kehidupan dan sebagainya. Membaca membantu sesorang lebih berpengetahuan dan bijak.
              
               Saya juga seorang pencinta alam. Pada pendapat saya, alam semesta mempunyai keindahan tersendiri sehingga membolehkan sesorang itu menjadi lebih tenang, gembira dan sihat dengan hanya melihat dan menikmati.